Keselamatan Jalan Raya

Kesalamatan untuk Semua

Kami mengimpikan kehidupan yang bebas kemalangan, di mana pengguna jalan raya dapat menikmati kebebasan bergerak dengan yakin dan selamat.

 

Selain mengajar kemahiran menunggang yang betul, pusat latihan profesional kami turut mengelola Kempen Keselamatan Menunggang dan sesi bual bicara bersama pengguna atau orang awam.

 

Pusat latihan professional kami juga turut mengelola dibuka untuk kakitangan, pengedar, pelanggan dan rakyat Malaysia secara amnya.

Pendidikan Keselamatan

Mendidik masyarakat dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan tentang pemanduan berhemah.

Teknologi Kenderaan

Membangunkan dan mempromosikan lebih banyak teknologi yang efektif untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Rangkaian Telekomunikasi

Menyampaikan maklumat penting secara berintegrasi untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Di Sebalik Penubuhan Pusat Latihan Keselamatan Menunggang Kami

Masalah

Dalam tempoh 10 tahun dari 2009 hingga 2019, 62% kematian akibat kemalangan melibatkan Penunggang motosikal,dengan 43,031 daripada 69,365 kematian dicatatkan.

Keperluan

Memupuk kesedaran tentang keselamatan, kemahiran dan pengetahuan kepada pengguna jalan raya di Malaysia, terutamanya penunggang motosikal.

Penyelesaian

Mewujudkan Pusat Latihan Keselamatan Menunggang yang memberikan latihan kepada para penunggang termasuklah kakitangan BSH, pengedar dan orang ramai tentang cara menunggang yang betul dan selamat.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program menunggang keselamatan kami?

Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di enquiry@bswhonda.com.my atau whatsapp kami. Untuk pertanyaan umum, lihat halaman FAQ kami.

Program Latihan Keselamatan Menunggang Boon Siew Honda

Selain mengajar kemahiran menunggang yang betul, pusat latihan profesional kami juga turut mengelola Kempen Keselamatan Menunggang dan sesi bual bicara bersama pengguna dan orang awam.

Pengenalan kepada Keselamatan Menunggang

Asas Keselamatan Menunggang

Latihan Meramal Bahaya (KYT)

Latihan Sub Pengajar

Latihan Dirt Bike Asas

Latihan Big Bike

Latihan Keselamatan Menunggang Kakitangan Dalaman

Kami menganggap bahawa setiap kakitangan Boon Siew Honda adalah penggerak kepada kempen ‘Zero Accident’. Setiap kakitangan dan rakan kongsi profesional wajib menjalani latihan asas keselamatan menunggang dengan diwajibkan mengikuti latihan semula setiap dua tahun.

Latihan Menunggang Keselamatan

Kami bersemangat untuk mendidik rakyat Malaysia tentang menunggang keselamatan dan mewujudkan jalan raya yang lebih selamat untuk semua. Oleh itu, penyedia latihan profesional kami menawarkan latihan menunggang keselamatan kepada syarikat korporat, agensi kerajaan dan orang ramai.

Program CSR Menunggang Keselamatan

Kami mengimpikan untuk meningkatkan generasi baru penunggang selamat di jalan raya melalui program latihan kami. Untuk tujuan ini, kami mengadakan sesi latihan menunggang keselamatan dengan kerajaan dan sekolah semua peringkat, dari prasekolah hingga universiti.

Inisiatif

Semua Aktiviti