RS-X
RS150R
Wave 125i
Dash 125
Wave Alpha
Forza
ADV160
Vario160
Vario 125
BeAT
CB250R
CRF250 RALLY
CBR250RR
CBR150R
Berita Boon Siew Honda Memperkenalkan Edisi Repsol untuk Honda RS-X
15th April, 2022
Penang, 15 April 2022 –Boon Siew Honda telah mengumumkan versi ikonik Repsol sebagai edisi terhad untuk Honda RS-X. Sejak dilancarkan pada November 2021, RS-X telah mendapat sambutan yang menakjubkan oleh rakyat Malaysia yang menghargai kombinasi gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri termaju.
Untuk tahun 2022, RS-X akan menyerlahkan lagi intipati Super Sportsnya dengan livery Repsol, memberikan penunggang bukan sahaja prestasi terbaik malah penampilan sporty yang tiada tandingan.
Dengan gayanya yang sporty, RS-X diberi penekanan terhadap full cowl appearance yang direka secara aerodinamik, muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan sleek super slim tail.
Pada bahagian mekanikalnya, enjin RS-X dikuasakan oleh DOHC penyejuk cecair 150cc dengan mematuhi piawaian EURO4 yang digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan. RS-X mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW @9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm @7,000 rpm.
Dilengkapi ciri-ciri berteknologi terkini seperti Anti-lock Braking System (ABS), pemacu rantai bertutup dan Speedometer Digital penuh yang memaparkan maklumat, RS-X versi Repsol juga mampu memberi pengalaman menunggang yang lebih selamat dan santai.
Hanya 5,000 unit Honda RS-X Edisi Repsol akan ditawarkan kepada orang ramai. Pilihan warna yang sedia ada masih terus tersedia.
Edisi Repsol
Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana dahulu).
Kongsi:
Warna Baharu Model ini akan datang dalam warna baharu: Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic Ketersediaan dan Harga Honda RS-X dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar...
Maklumat Lanjut
23rd November, 2023
Warna Baharu Model Ini akan dating dalam warna baharu: Mat Gray & Yellow and Mat Gray & Red Ketersediaan dan Harga Honda RS150R dalam warna baharu akan tersedia...
Warna Baharu Model ini akan diperkenalkan dengan warna Baharu: Force Silver Ketersediaan dan Harga Honda ADV160 dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di...
6th November, 2023