Penang, 7 September 2021 – Boon Siew Honda memperkenalkan Honda CBR150R baharu -sebuah motosikal sport berprestasi tinggi dengan gaya perlumbaan dan dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi.
Prestasi dan pengendalian menonjolkan kehebatan motosikal sport yang sejati. CBR150R memadankan prestasinya dengan ciri-ciri yang canggih dengan menampilkan aura reka bentuk seakan motorsikal berkuasa tinggi yang memberi tanggapan agresif pada pandangan pertama.
- Enjin DOCH, 150cc & 6-Kelajuan dengan DNA CBR “Total Control”.
- ABS 2-channel dan Klac Assist & Slipper untuk pengalaman menunggang yang terkawaldan selesa.
- Suspensi Depan Terbalik, Lampu LED Penuh, Lampu LED, dwi-lampu LED danSpeedometer Digital Penuh untuk kegayaan.
Dibangunkan dengan konsep siri CBR “Total Control”, model CBR150R ini menawarkan reka bentuk motorsikal yang lebih ringan dan agresif, berteknologi tinggi, trend terkini, dengankawalan lengkap yang sesuai dengan keinginan para penunggang.
Motorsikal ini di lengkapi dengan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc, mampu memberikan kuasa maksimum 12.0kW @9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm @7,000 rpm. Digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, CBR150R memberikan prestasi terbaik dikelasnya.
CBR150R dilengkapi dengan “Anti-Lock Braking System” 2 Saluran (ABS) yang memberikan keselesaan dan keyakinan membrek kepada penunggang. Selain itu, Klac Assist & Slipper meningkatkan sensasi perjalanan yang menyeronokkan dengan mengelakkan gelinciran tayar belakang yang disebabkan oleh brek enjin semasa penurunan yang ekstrem dan penunggang dapat mengalami operasi klac yang lebih lancar.
Reka bentuk yang mengekalkan bentuk badan yang agresif membangkitkan perasaan seperti sebuah motorsikal berkapasiti tinggi. Ia diperkuatkan lagi dengan sistem lampu LED penuh dandwi-lampu LED hadapan yang agresif diperoleh dari DNA CBR250RR. Suspensi depan terbalik bersama dengan posisi menunggang ‘racy’ ke depan dan fairing penuh menyerlahkan gayaperlumbaannya. Selain itu, system suspensi ini menjadikan pengendalian lincah danmemberikan kestabilan menunggang terutama ketika menunggang pada kelajuan yang lebih tinggi
Ciri-ciri lain yang turut dilengkapi adalah seperti brek cakera beralun yang menekankan penampilan sporty, Speedometer Digital penuh yang memaparkan maklumat kepada penunggang dan sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), yang secara automatik mengaktifkan lampu bahaya apabila brek dikendalikan untuk memberi amaran kepada persekitaran dan mengelakkan kemalangan yang mungkin akan berlaku
Honda CBR150R baharu boleh didapati dalam 2 pilihan warna iaitu Mat Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red.
Honda CBR150R