Boon Siew Honda Melancarkan Honda RS-X Baharu

1st November, 2021

Maklumat Akhbar

Penang, 1 November 2021 – Boon Siew Honda memperkenalkan Honda RS-X baharu dengan sentuhan Super Sport bagi memberikan sebuah gabungan yang sempurna dengan gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri terkini kepada pengguna Malaysia. Sentuhan Super Sports yang digayakan dengan bentuk yang agresif, gagah dan mekanikal, enjin DOHC 150cc yang berkuasa, pematuhan EURO 4 dengan ABS dan beberapa ciri berteknologi tinggi untuk memberikan pengalaman menunggang yang selesa dan lebih yakin.

Antara ciri-ciri Honda RS-X termasuk:

  • Enjin DOHC, 150cc & 6-kelajuan yang berkuasa untuk kelajuan tinggi dan pecutan responsif.
  • ABS 1 saluran untuk menambah keyakinan membrek.
  • Lampu LED penuh & dwi-lampu LED hadapan yang kelihatan agresif dan pencahayaan yang terang.
  • Pembuka tempat duduk Honda, Sealed Chain, Speedometer Digital penuh untuk kemudahan pengguna.

Untuk gaya yang sporty, RS-X diberi penekanan terhadap full cowl appearance yang direka secara aerodinamik, muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan sleek super slim tail.

Sistem lampu LED penuh bukan sahaja menjadikan Honda RS-X sebagai tarikan di atas jalan raya, tetapi ia juga meningkatkan daya penglihatan ketika menunggang dalam keadaan yang berbeza. Ekzos bukan sahaja direka bentuk seperti motorsikal besar, tetapi juga memberikan bunyi yang menarik, memberikan Honda RS-X perasaan tersendiri seakan berada di perlumbaan. Prestasi yang tinggi adalah hasil daripada enjin DOHC penyejuk cecair 150cc yang digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW@9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm @7,000 rpm. Ciri PGM-FI (Programmed Fuel Injection), membolehkan penjimatan bahan api yang ketara dengan mengurangkan pencemaran.

Honda RS-X dilengkapi dengan ciri berteknologi tinggi seperti ABS 1 saluran yang memberi penunggangan yang selesa dan keyakinan ketika membrek. Honda RS-X serba baharu ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri untuk meningkatkan kemudahan seperti suis pembuka tempat duduk, sealed chain drive dan Speedometer Digital penuh yang memaparkan maklumat kepada penunggang supaya tunggangan yang lebih selamat dan santai. Model ini juga mesra alam dengan mematuhi piawaian EURO 4.

Majlis pelancaran Honda RS-X telah diadakan secara maya oleh kerana sekatan pandemik yang berterusan dan disertai dengan pesanan khas daripada Encik Masayuki Igarashi, Ketua Pegawai Operasi Serantau (Asia & Oceania), Honda Motor Co., Ltd. Majlis itu diketuai oleh Encik Yoshitaka Nakamura, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd dan disertai oleh Encik Aman RA, Duta Honda Motorsikal di Malaysia dan Encik Zaqhwan Zaidi, Penunggang untuk Honda Asia-Dream Racing with SHOWA. Encik Nakamura menzahirkan kegembiraanya di atas pelancaran Honda RS-X baharu dan menyatakan sebagai pencapaian baru di Boon Siew Honda kepada pengguna Malaysia.

Honda RS-X baharu boleh didapati dalam pilihan 3 pilihan warna iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow dan penghantaran kepada semua pengedar sah akan bermula tidak lama lagi.

Honda RS-X

Trico Edition

Candy Caribbean Blue Sea

Lemon Ice Yellow

 

Pilihan warna dan harga yang ada ialah:

ModelHarga
Trico Edition
Candy Caribbean Blu Sea
Lemon Ice Yellow
RM8,688

Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana dahulu).

Kongsi:

HONDA RS-X