RS-X
RS150R
Wave 125i
Dash 125
Wave Alpha
Forza
ADV160
Vario160
Vario 125
BeAT
CB250R
CRF250 RALLY
CBR250RR
CBR150R
Berita Boon Siew Honda Umum Skuter Impian Airbrush Challenge
12th Oktober, 2023
Penang, 12 Oktober 2023 — Panggilan khas untuk semua peminat motosikal jenis skuter! Boon Siew Honda dengan bangganya mengumumkan pertandingan Skuter Impian Airbrush Challenge bagi motosikal skuter jenis ADV160 dan Vario160! Inilah masanya untuk anda mengukir kreativiti anda dalam seni airbrush! Jadi jangan lupa untuk tandakan tarikh pertandingan ini di kalendar anda!
Misi Kami: Menghimpunkan Peminat Skuter Bukan sekadar pertandingan, program ini juga dianjurkan untuk mengumpulkan peminat-peminat skuter dari pelbagai latar belakang! Jom ambil peluang ini unutk berkumpul bersama-sama dengan peminat skuter yang lain dan bina komuniti skuter bersama-sama. Semangat bersatu kita bukan hanya mampu membina komuniti yang mampan tetapi banyak manfaat yang dapat kita nikmati melalui komuniti yang jitu. Sama ada ADV160 and Vario160, jom sama-sama kita kumpul!
Butiran Pertandingan
Jom Daftar! Untuk menyertai pertandingan Skuter Impian Airbrush Challenge, anda perlu imbas kod QR dan isi boring pendaftaran hingga lengkap. Tunjukkan bakat seni anda dan ubah Honda ADV160 atau Vario160 anda menjadi sebuah karya seni. Skuter anda adalah kanvas anda!
Sertai Komuniti Skuter Tidak hanya anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, anda juga akan menjadi sebahagian daripada komuniti skuter Honda! Kongsi minat anda, jumpa dengan peminat-peminat skuter lain, dan cipta kenangan manis pada hari istimewa ini.
Hari Terbuka Walaupun anda tidak menyertai pertandingan, kami menjemput semua orang untuk hadir dan rasai sendiri kegembiraan dan keterujaan program-program kami pada hari pertandingan. Ia adalah hari yang bakal dipenuh dengan rekaan menarik, program yang mengujakan dan semestinya pemanduan yang mendebarkan!
Untuk terma dan peraturan pertandingan yang lengkap, sila layari Terma dan Syarat Penuh Skuter Impian Airbrush Challenge.
Jom meriahkan #SkuterImpianAirbrushChallenge. Jumpa anda di sana!
Kongsi:
Warna Baharu Model ini akan datang dalam warna baharu: Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic Ketersediaan dan Harga Honda RS-X dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar...
Maklumat Lanjut
23rd November, 2023
Warna Baharu Model Ini akan dating dalam warna baharu: Mat Gray & Yellow and Mat Gray & Red Ketersediaan dan Harga Honda RS150R dalam warna baharu akan tersedia...
Warna Baharu Model ini akan diperkenalkan dengan warna Baharu: Force Silver Ketersediaan dan Harga Honda ADV160 dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di...
6th November, 2023