Boon Siew Honda Mengalu-alukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

3rd Januari, 2022

Encik Mitsuharu Funase

Maklumat Akhbar

Pulau Pinang, 3hb Januari 2022 – Boon Siew Honda hari ini mengalu-alukan Encik Mitsuharu Funase sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, yang menggantikan Encik Yoshitaka Nakamura yang ditugaskan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di Honda Motorcycle Kenya Limited.

En. Funase secara rasmi menyandang jawatan mulai 1 Januari 2022. Beliau sebelum ini merupakan Pengurus Jabatan Strategi Produk, Bahagian Perancangan Perniagaan Ibu Pejabat Operasi Motosikal di Honda Motor Co., Ltd. di Jepun dan mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan motosikal ASEAN melalui tugasan terdahulunya di Thailand dan Indonesia. En. Funase membawa bersamanya pengetahuan luas dalam perancangan perniagaan motosikal yang akan terus meningkatkan barisan produk Honda pada masa hadapan.

“2021 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran tetapi saya berbesar hati untuk menyatakan, walaupun menghadapi semua cabaran, Boon Siew Honda mencapai nombor pengeluaran dan jualan yang boleh dikreditkan” kata Funase dalam ucapannya kepada semua rakan sekutu pada hari pertama memegang jawatan.

Kongsi: