Kerjaya

Falsafah Pengambilan Pekerja

Kami di Honda percaya bahawa setiap manusia dilahirkan sebagai individu yang bebas dan unik dengan kemampuan untuk berfikir, munasabah, berkemampuan untuk mencipta serta mempunyai impian. Kami di Honda berharap, ciri – ciri ini dapat dipupuk dan dipromosikan di kalangan rakan sekerja supaya perbezaan di antara setiap individu dapat dihormati selain mewujudkan sikap saling mempercayai di antara satu sama lain.

 

Honda amat menitikberatkan prinsip Menghormati Individu yang terdiri daripada tiga elemen iaitu Inisiatif, Kesamaan dan Kepercayaan sebagai salah satu Kepercayaan Asas Syarikat. Kami di Honda percaya, semangat ini harus diterapkan di dalam setiap perhubungan bukan hanya kepada mereka yang berada dalam Kumpulan Honda, tetapi termasuk individu-individu lain di syarikat yang menjalankan perniagaannya dengan Honda.

 

Honda berpegang kepada tiga prinsip Pengurusan Personel iaitu Menghormati Inisiatif, Memastikan Kesaksamaan dan Menggalakkan Kesefahaman. Di Honda, prinsip ini turut diterapkan di dalam pengurusan sumber manusia iaitu didalam proses pengambilan, latihan, penugasan dan penggunaan serta di dalam proses penilaian dan pemulihan. human resources in areas such as recruitment, training, assignment and utilization, evaluation and treatment.

 

Honda berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana cita-cita dan kebolehan setiap rakan sekerja dapat dikembangkan, serta potensi individu dapat digunakan secara aktif di tempat kerja.

 

Sekiranya anda mencari organisasi yang menghargai impian, minat, dan keinginan anda untuk belajar, pintu kami sentiasa terbuka luas untuk individu seperti anda!

Disusun mengikut:

Assistant Manager – Media & Event Management

Kepong

MAKLUMAT LANJUT

Department Manager – Corporate Affairs

Batu Kawan

MAKLUMAT LANJUT

Business Development Manager – Big Bike

Batu Kawan

MAKLUMAT LANJUT

Senior Executive – IT Software

Batu Kawan

MAKLUMAT LANJUT