RS-X
RS150R
Wave 125i
Dash 125
Wave Alpha
Forza
ADV160
Vario160
Vario 125
BeAT
CB250R
CRF250 RALLY
CBR250RR
CBR150R
Berita Honda BeAT datang dengan Gaya Baharu
5th Februari, 2022
Penang, 5‘ Februari 2022 – Boon Siew Honda memperkenalkan Honda BeAT dengan penampilan segar melalui warna dan jalur terkini, berdasarkan elemen Stylish Sport dan Moden. Dengan penampilan baharu, Honda BeAT akan terus melengkapkan kehidupan remaja yang bergaya disamping membuktikan ia sebagai alat pengangkutan yang boleh dipercayai.
Honda BeAT dikuasakan oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 6.47 kW @7,500 rpm dan memberikan tork maksimum 9.53 Nm @6000 rpm. Enjin eSP ini mematuhi Euro 4 dan memenuhi piawaian Energy Efficient Vehicle (EEV) dengan penggunaan bahan api 59.1 km/liter (WMTC test mode).
Model ini didatangkan dengan keselesaan menunggang yang hebat, hasil daripada inovasi enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang tangkas, mudah dikawal dan memberikan lebih ruang bagi tangki bahan api berkapasiti 4.2ℓ & kapasiti penyimpanan 11.7ℓ di bawah tempat duduk.
BeAT terus menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS) – disambungkan menggunakan tuil brek belakang, yang menggabungkan brek hadapan dan belakang serta mengagihkan tekanan secara optimum antara keduanya untuk mencapai jarak brek yang diingini Model ini juga terus mengutamakan keselamatan pengguna melalui ciri-ciri seperti lampu depan LED, kunci brek parkir untuk permulaan atau parkir yang selamat dan Side Stand Switch yang secara automatik menghentikan enjin apabila dirian sisi diturunkan.
Skuter bergaya ini kini didatangkan dalam empat pilihan warna baharu iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue.
Pilihan warna dan harga yang ada ialah:
Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana dahulu).
Kongsi:
Warna Baharu Model ini akan datang dalam warna baharu: Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic Ketersediaan dan Harga Honda RS-X dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar...
Maklumat Lanjut
23rd November, 2023
Warna Baharu Model Ini akan dating dalam warna baharu: Mat Gray & Yellow and Mat Gray & Red Ketersediaan dan Harga Honda RS150R dalam warna baharu akan tersedia...
Warna Baharu Model ini akan diperkenalkan dengan warna Baharu: Force Silver Ketersediaan dan Harga Honda ADV160 dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di...
6th November, 2023