Honda Memperkenalkan Edisi Terhad Honda EX5

24th Februari, 2022

Maklumat Akhbar

Penang, 24 Februari 2022 – Honda EX5 mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987. Dengan ketahanan dan keyakinan yang terbukti selama ini, Honda EX5 menjadi sebahagian daripada mobiliti dengan memberikan kebanggaan serta kegembiraan kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia.

Bagi meraikan model berstatus legenda ini, Boon Siew Honda telah memperkenalkan edisi terhad. Model ini akan tersedia dalam warna emas sebagai tanda peringatan khas semperna ulang tahun ke-35. Edisi ini mempamerkan imej gaya klasik dengan gabungan gaya retro dan premium.

Honda EX5 Edisi Terhad ini dikuasakan oleh enjin 110cc silinder tunggal yang memberikan kuasa sebanyak 6.37 Kw pada 7,500 rpm dan tork setinggi 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Honda EX5 ini juga mengunakan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) Honda, yang bertanggungjawab meningkatkan tahap kecekapan proses pembakaran enjin yang optimum sambil mengurangkan pelepasan karbon.

Honda EX5 2022 akan dihadkan kepada 2,000 unit pengeluaran dan akan dijual secara eksklusif dalam tayar versi Spoke dan warna Extravagant Gold Metallic.

Honda EX5 Edisi Terhad 2022

Extravagant Gold Metallic

Pilihan warna dan harga yang ada ialah:

ModelHarga
Extravagant Gold MetallicRM5,198

Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana dahulu).

Kongsi:

HONDA EX5 LIMITED EDITION