RS-X
RS150R
Wave 125i
Dash 125
Wave Alpha
Forza
ADV160
Vario160
Vario 125
BeAT
CB250R
CRF250 RALLY
CBR250RR
CBR150R
Berita Honda Melancarkan Dash125 2022 dengan Sentuhan Lebih Sporty dan Mematuh EURO4
11th April, 2022
Penang, 11 April 2022 – Boon Siew Honda telah mengumumkan Honda Dash125 baharu yang mematuhi piawaian emisi EURO4. Dikenali rakyat Malaysia sebagai pilihan yang sesuai, Honda Dash125 membawa kombinasi yang sempurna dari segi penampilan yang sporty, pengalaman menunggang yang selesa, berbaloi kepada semua penunggang motosikal.
Honda Dash125 sentiasa menonjol dikalangan rakyat Malaysia dengan gaya sporty dan kecekapan kosnya. Model 2022 ini dikuasakan oleh enjin 125cc yang telah diperhalusi dan dilancarkan serta mematuhi EURO4 yang menghasilkan kurang karbon dioksida dan mesra alam. Diperbaharui oleh konsep penggayaan Grafik Bergaris Aksen yang menyegarkan rekabentuknya berserta penampilan lebih sporty yang dapat mengujakan mana-mana penunggang berjiwa muda yang mencari naik taraf yang berpatutan.
Penyegaran rekabentuk hadapan didatangkan dengan visor baharu yang memberikan Dash125 rasa aerodinamik yang lebih lancar apabila menunggang. Satu lagi tambahan anggun pada rekabentuknya ialah pemegang penutup baharu yang memberikan penunggang rasa yang menyenangkan, sama ada menunggang di bandar mahupun di lebuh raya.
Dash125 baharu juga disertakan lampu hadapan LED untuk penglihatan yang lebih jelas dalam apa jua keadaan pencahayaan dan memberi siluetnya sentuhan yang moden. Honda Dash125 didatangkan meter dail baharu, meyampaikan maklumat yang diperlukan penunggang sambil tampil bergaya. Honda Dash125 2020 disertakan brek cakera di hadapan dan juga belakang untuk memberikan prestasi brek optimum yang seimbang.
Honda Dash125 boleh didapati dalam warna Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow.
Candy Scintillate Red
Pearl Nightfall Blue
Clipper Yellow
Pilihan warna dan harga yang ada ialah:
Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana dahulu).
Kongsi:
Warna Baharu Model ini akan datang dalam warna baharu: Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic Ketersediaan dan Harga Honda RS-X dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar...
Maklumat Lanjut
23rd November, 2023
Warna Baharu Model Ini akan dating dalam warna baharu: Mat Gray & Yellow and Mat Gray & Red Ketersediaan dan Harga Honda RS150R dalam warna baharu akan tersedia...
Warna Baharu Model ini akan diperkenalkan dengan warna Baharu: Force Silver Ketersediaan dan Harga Honda ADV160 dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di...
6th November, 2023