Memperkenalkan Warna Baharu Untuk CBR150R

21st Jun, 2023

Warna Baru

Model ini akan datang dalam warna baharu: Pearl Nightfall Blue

 

Ketersediaan dan Harga

Honda CBR150R dalam warna baharu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara mulai 22 Jun 2023, dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM13,299 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

 

Mengenai Honda CBR150R

Dikuasakan oleh enjin DOHC 150cc, penyejuk cecair, empat injap yang menghasilkan kuasa 12.0kW pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm digabungkan dengan transmisi enam kelajuan dan klac selipar untuk pengalaman penunggang yang dipertingkatkan di atas jalan raya. Ciri-ciri lain termasuk lampu LED penuh dan Sistem Brek Anti-kunci (ABS) di roda hadapan dan belakang, yang menawarkan keselesaan dan keyakinan brek.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda CBR150R, pelanggan boleh melawat pengedar Honda, hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993. Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km, yang mana dahulu.

Kongsi:

Honda CBR150R