Memperkenalkan Warna Baharu untuk Honda RS-X

23rd November, 2023

Warna Baharu

Model ini akan datang dalam warna baharu: Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic

 

Ketersediaan dan Harga

Honda RS-X dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara mulai 24 November 2023, dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM9,748 bagi Trico White Edition dan RM9,698 bagi Radiate Gray Metallic tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

 

Mengenai Honda RS-X

Dikuasakan oleh enjin 6-Kelajuan 150cc DOHC yang mematuhi EURO 4 untuk kelajuan tinggi dan pecutan responsif yang memberikan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000 rpm dengan tork 13.6 Nm pada 7,000 rpm. Reka bentuk RS-X yang agresif dipadankan dengan ciri berteknologi maju seperti Anti-lock Braking System (ABS) 1 saluran di roda hadapan yang meningkatkan keyakinan penunggang membrek. Ciri canggih lain termasuk lampu LED penuh, Speedometer Digital Penuh dan pembuka tempat duduk untuk kemudahan tambahan kepada penunggang.

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda RS-X, pelanggan boleh melawat pengedar Honda, hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.boonsiewhonda.com.my. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km, mana yang terdahulu.

Kongsi: