Memperkenalkan Warna Baharu Untuk Honda RS-X

3rd Januari, 2024

Warna-warna Baharu

Model ini akan memperkenalkan warna baharu: Mat Charcoal Gray Metallic (Gold), Candy
Scintillate Red, Force Silver Metallic (Red) dan Force Silver Metallic (Blue).

 

Ketersediaan dan Harga

Honda RS-X berwarna Mat Charcoal Gray Metallic (Gold) boleh didapati di semua pengedar sah Honda di seluruh negara mulai 4 Januari 2024, dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM9,848, manakala Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic (Red) dan Force Silver Metallic (Blue) boleh didapati mulai 18 Januari 2024 dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

 

Mengenai Honda RS-X

Dikuasakan oleh enjin 6-Kelajuan 150cc DOHC yang mematuhi EURO 4 untuk kelajuan tinggi dan pecutan responsif yang memberikan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000 rpm dengan tork 13.6 Nm pada 7,000 rpm. Reka bentuk RS-X yang agresif dipadankan dengan ciri berteknologi maju seperti Anti-lock Braking System (ABS) 1 saluran di roda hadapan yang meningkatkan keyakinan penunggang membrek. Ciri canggih lain termasuk lampu LED penuh, Speedometer Digital penuh dan pembuka tempat duduk untuk kemudahan tambahan kepada penunggang.

 

Mat Charcoal Gray Metallic (Gold)

Candy Scintillate Red

Force Silver Metallic (Blue)

Force Silver Metallic (Red)

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda RS-X, pelanggan boleh melawat pengedar Honda, hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.boonsiewhonda.com.my. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km, mana yang terdahulu.

 

Kongsi: