Memperkenalkan Warna Baharu untuk RS150R

23rd November, 2023

Warna Baharu

Model Ini akan dating dalam warna baharu: Mat Gray & Yellow and Mat Gray & Red  

 

Ketersediaan dan Harga

Honda RS150R dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara mulai 24 November 2023, dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM8,299 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.  

 

Mengenai Honda RS150R

Dikuasakan oleh enjin DOHC 149.2 cc, penyejuk cecair, empat injap yang menghasilkan kuasa 11.8kW pada 9,000 rpm dan tork 13.6 Nm pada 7,000 rpm. Enjin RS150R dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, klac manual, dan pacuan rantai untuk prestasi tunggangan yang sangat baik sama ada di lebuh raya atau di bandar. Ciri-ciri lain termasuk lampu depan LED, meter kelajuan digital dan brek cakera belakang.  

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda RS150R, pelanggan boleh melawat pengedar Honda, hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.boonsiewhonda.com.my. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km, mana yang terdahulu.

Kongsi: