Jaminan Motosikal Baharu Anda


JAMINAN MOTORSIKAL BARU ANDA

TEMPOH JAMINAN

Tempoh jaminan adalah dalam masa 24 bulan atau 20,000km yang mana terdahulu dari tarikh pembelian oleh pemilik berdaftar yang pertama.

SYARAT JAMINAN

  1. Pengecualian Jaminan
    1. Penggunaan motorsikal Honda untuk acara perlumbaan, pertandingan atau digunakan sebagai kenderaan sewa, perkhidmatan pos dan penghantaran ekpres atau dalam apa-apa kaedah yang tidak selaras dengan penggunaan biasa motorsikal;
      atau
    2. Sebarang kerosakan yang terjadi daripada operasi motorsikal Honda di mana-mana tempat di mana tidak ada kenderaan selalunya dipandu; atau
    3. Sebarang kerosakan yang terjadi berpunca daripada penyalahgunaan atau penggunaan yang di luar batasan atau tujuan yang ditetapkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd., atau sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan di bawah keadaan yang luar biasa; atau
    4. Penggunaan minyak enjin selain daripada minyak tullen Honda atau minyak tulen yang dikeluarkan oleh BSH, atau sebarang kerosakan yang terjadi berpunca daripada mana-mana minyak yang lain; atau
    5. Penggunaan bahagian-bahagian selain daripada bahagian penggantian tulen Honda (penggunaan atau penggantian bahagian) atau sebarang kerosakan yang terjadi berpunca daripada mana-mana penggantian bahagian yang lain; atau
    6. Sebarang kerosakan yang terjadi daripada operasi, sama ada sengaja atau tidak sengaja, selain daripada yang dinyatakan dalam buku manual pemilik Boon Siew Honda Sdn. Bhd.; atau
    7. Fenomena normal seperti bunyi dan getaran dari kerangka motorsikal, enjin motorsikal, penyerap hentak dan resapan kecil minyak enjin tidak dilindungi di dalam jaminan melainkan la menyebabkan kegagalan dan menjejaskan fungsi motorsikal;
      atau
    8. Pembaikan yang tidak dilakukan oleh wakil pengedar Honda yang sah; atau
    9. Sebarang kerosakan yang terjadi daripada penyelenggaraan yang lemah atau tidak mencukupi sebagaimana yang dikehendaki atau yang disyorkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. atau wakil pengedar Honda yang sah; atau
    10. Minyak, gris dan/atau bahan-bahan lain yang digunakan untuk motorsikal Honda adalah pengecualian daripada jaminan; atau
    11. Sebarang kerosakan yang terjadi daripada bencana alam, kebakaran, perlanggaran dan kecurian; atau
    12. Motorsikal HOnda yang telah melakukan pengubahsualan atau model semula; atau
    13. Sebarang perbuatan, keingkaran atau peninggalan sendiri dalam menggunakan motorsikal atau jika ia telah tertakluk kepada penyalahgunaan, pengabian, atau kemalangan atau bahaya yang luar biasa.

  2. Jaminan untuk bateri
    Tempoh jaminan untuk bateri adalah dalam tempoh 6 bulan atau 5,000km yang mana terdahulu dari tarikh pembelian oleh pemilik berdaftar yang pertama.
  1. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dan wakil pengedar Honda yang sah tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian, kerosakan atau perbelanjaan walau apa pun secara langsung atau tidak langsung terhadap motorsikal Honda disebabkan pengangkutan, kesulitan ketiadaan motorsikal, kehilangan masa, kerugian dan/atau kerosakan harta benda, kecederaan peribadi dan / atau kematian kepada mana-mana orang atau kejadian lain yang bersampingan timbul.

  2. Sila pastikan anda menyimpan rekod yang sepatutnya bagi membolehkan wakil pengedar Honda yang sah untuk mengesahkan bahawa motorsikal Honda anda telah diselenggara dengan sewajarnya. Dalam apa jua keadaan, sila pastikan buku jaminan anda dicap oleh wakil pengedar Honda yang sah dengan tarikh, jangka jarak, jenama minyak enjin dan kelihatan minyak enjin direkodkan.

  3. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PENGGANTIAN ATAU PEMBEKALAN MINYAK, GRIS DAN LAIN-LAIN BAHAN AKAN DICAJ KEPADA PELANGGAN.

  4. Bahagian TIDAK dilindungi, seperti:
    Alat penggantian haus dan lusuh seperti palam pencucuh, penapis minyak, penapis udara, pad brek, kasut brek, plat klac, cakera klac, mentoll, fius, gasket, cecair penyejuk, set sarung, tayar, tiub, minyak enjin, tali gegancu, rantai gegancu dan komponen CVT skuter adalah pengecualian daripada jaminan.

  5. Keputusan Boon Siew Honda Sdn. Bhd. pada tuntutan jaminan adalah muktamad.
  6. Jika timbul sebarang keraguan; interpretasi dalam Bahasa Inggeris adalah muktamad.

NOTA:
TIADA DALAM PANDUAN JAMINAN MELIBATKAN HAK BERKANUN KEPADA PELANGGAN.